Orang India Malaysia

Orang India Malaysia
Jumlah penduduk
2,019,600[1]
6.6% daripada penduduk Malaysia (2020)[1]
Kawasan ramai penduduk
Pantai Barat dari Semenanjung Malaysia (kebanyakannya di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor)
Singapura (20,483 pada 2010)[2]
Bahasa
Tamil MalaysiaTeluguMelayuInggerisBahasa Inggeris (kreol) • Melayu ChettyBahasa CinaBahasa-bahasa India lain-lain seperti Malayalam, Punjabi, Kannada, Hindi-Urdu, Gujarat dan Sindhi
Agama
Kebanyakannya
Hinduisme
Minoriti
Agama Kristian · Islam · Agama Buddha · Sikhisme · Jainisme · Zoroastrianisme · Bahá'í
Kumpulan etnik berkaitan
India Singapura, Burma India, India Indonesia, Malaysian Malayali, Chitty, Chindian, Indo-Caribbeans, India di Afrika Selatan, Indo-Fijian, Indo-Mauritians

Orang India Malaysia atau Indo-Malaysia adalah warganegara Malaysia yang berketurunan India atau Asia Selatan. Mereka kini membentuk kumpulan ketiga terbesar di Malaysia, selepas orang Melayu dan Cina. Kebanyakan mereka adalah keturunan daripada mereka yang berhijrah dari India ke Tanah Melayu British dari pertengahan abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.[3][4]Majoriti orang India Malaysia adalah beretnik Tamil; kumpulan-kumpulan etnik laing yang lebih kecil juga boleh dijumpai termasuk orang Malayali, Telugu, Punjabi, dan Gujrati. Orang India Malaysia adalah komuniti kelima terbesar di dunia bagi Diaspora India dan paling terbesar bagi Diaspora Tamil.[5].Di Malaysia, mereka mewakili kumpulan ketiga terbesar, yang membentuk 7% daripada populasi Malaysia, selepas etnik Melayu dan Cina.[1]Mereka biasanya dirujuk sebagai "Indians" dalam Bahasa Inggeris, "Orang India" dalam Bahasa Melayu, "Yin du ren" dalam Bahasa Cina.

Orang India di Malaysia terkenal dengan stratifikasi kelasnya, dengan golongan elit yang ketara dan kumpulan berpendapatan rendah yang besar dalam kalangan mereka.[6][7] Peratusan besar profesional India Malaysia per kapita yang membentuk 15.5% daripada profesional Malaysia pada tahun 1999 telah berkurangan dengan populasi yang besar, hampir 40% kini dianggap dalam kategori B40.[8] [6]Dalam bancian tahun 1984, sehingga 38% daripada tenaga kerja profesional perubatan negara terdiri daripada orang India Malaysia, tetapi ini telah berkurangan sejak itu.[8][9] Pada tahun 1970, pendapatan per kapita orang India Malaysia adalah 76% lebih tinggi daripada majoriti Orang Melayu. [10]Walaupun usaha oleh kerajaan Malaysia untuk mengagihkan semula kekayaan sejak tahun 1970-an melalui dasar rasial yang terinstitusi,[11][12] pada tahun 2005 orang India Malaysia masih mendapat pendapatan per kapita yang 27% lebih tinggi daripada komuniti Melayu yang dominan.[10]

  1. ^ a b c Department of Statistics Malaysia (2020). "Current population and estimates, Malaysia 2020 Group". Dicapai pada 15 July 2020.
  2. ^ "Census of Population 2010" (PDF). Singapore Department of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 October 2016. Dicapai pada 4 February 2018.
  3. ^ Viswanathan Selvaratnam (1 May 2021). "From Servitude to Underclass: The Empire's South Indian 'Coolies' in Postcolonial Malaysia". Economic and Political Weekly. 56 (18). The ancestral root of about 80% of Malaysian Indians is in the British Empire’s Madras Presidency (now Tamil Nadu, Telangana, Andhra Pradesh and Kerala).
  4. ^ Watson Andaya, Barbara; Andaya, Leonard Y. (2001). A History of Malaysia. University of Hawaii Press. m/s. 4, 181–185. ISBN 9780824824259.
  5. ^ "Indian Diaspora" (PDF). Ministry of External Affairs. 24 Nov 2023. Dicapai pada 24 Nov 2023.
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama malaymail2015
  7. ^ "Visiting Indian Diaspora in Malaysia | Diplomacy & Beyond Plus".
  8. ^ a b M. Shamsul Haque (November 2003). "The Role of the State in Managing Ethnic Tensions in Malaysia" (PDF). American Behavioral Scientist. 47 (3): 240–266. doi:10.1177/0002764203256186. S2CID 53021386.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  10. ^ a b Saari, M Yusof; Dietzenbacher, Erik; Los, Bart (2015). "Sources of Income Growth and Inequality Across Ethnic Groups in Malaysia, 1970–2000" (PDF). World Development. 76: 311–328. doi:10.1016/j.worlddev.2015.07.015. Dicapai pada 29 January 2018.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :4

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search